5 PERKARA PENTING DIET IBU HAMIL DIABETES

5 PERKARA PENTING DIET IBU HAMIL DIABETES

Kehamilan dan didapati mengalami diabetes sememangnya sesuatu yang merisaukan. Tambahan pula, sebelum kehamilan ibu tidak mengalami sebarang masalah diabetes. Jika ibu disahkan mengalami masalah diabetes semasa kehamilan, 4 perkara ini perlu diberi perhatian.

1) Minta doktor atau pakar pemakanan untuk diet ibu hamil. Pakar pemakanan akan mengira keperluan kalori berdasarkan berat dan tinggi, aktiviti seharian, usia kehamilan dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil.

2) Menggunakan panduan makan setiap tiga jam sekali dengan jumlah kekerapan enam kali sehari. Tiga kali makanan utama dan tiga kali makanan ringan.

3) Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat seperti kuih dan roti.

4) Banyakkan pengambilan serat seperti epal, biji-bijian dan kekacang.

5) Elakkan minuman manis dan banyakkan air kosong.

 

**Semoga ibu hamil berjaya bebas daripada masalah diabetes apabila mengamalkan diet sihat ini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge