KENALI WARNA NAJIS BAYI

KENALI WARNA NAJIS BAYI

Apabila sudah menjadi ibu, najis bayi merupakan antara perka penting yang perlu diberi perhatian. Setiap warna najis bayi mempunyai maksud yang tersendiri. Kenal pasti maksud bagi setiap warna bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

 

warna najis bayi

 

1. Kuning

Merupakan najis normal bagi bayi yang menyusu ibu sepenuhnya…Ia menunjukkan bayi mendapat khasiat penuh dari susu ibu..Seperti yang diketahui susu ibu mengandungi foremilk dan hindmilk…Iaitu penyusuan awal dan akhir…

2. Hijau

Masih dikira normal tetapi jika berlarutan, ia menunjukkan bayi tidak mendapat khasiat sepenuhnya dari susu ibu. Bayi tidak berjaya menghisap dengan cara yang betul. Ia menyebabkan bayi hanya menerima foremilk dan tidak mendapat khasiat hindmilk. Susu foremilk hanya mengandungi gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Sedangkan susu hindmilk mengandungi lemak dan inilah yang membolehkan najis bayi berwarna kuning.

3. Merah

Mungkin terdapat titisan darah bersama najis semasa proses kelahiran. Bayi mungkin terhisap darah ibu atau dirinya sendiri. Jika darah itu dari ibu atau dirinya, warna najis akan kehitaman dalam tempoh sehari sehingga dua hari sahaja. Jika berlarutan, boleh berjumpa doktor kerana dibimbangi berlaku alergi pada susu formula atau usus tersumbat.

4. Kelabu

Tidak normal. Segera berjumpa doktor kerana berlaku gangguan pada hati, hempedu dan usus bayi.

**Semoga info ini bermanfaat untuk para ibu

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge