7 TABUNG KEWANGAN ELAKKAN ANDA MERANA DI HUJUNG BULAN

Macam mana nih dah pertengahan bulan…poket kempis….oh no….yang kembung kad berkeping…kad tupperware ada…kad cosway….amway….kad bank ada jugak…tapi tak de isi….aduhaiii

Meh cegumanew share tips urus kewangan yang best…korang ikut tau…baru masyukkkk😉😉

Tabung 1 (50%)
KEPERLUAN…kat sini adalah duit untuk belanja rumah…makan…minum…pampers anak….susu anak….minyak kereta….

Tabung 2 (5%)
PENDIDIKAN…walaupun dah bekerja…ilmu perlu di topap hari demi hari….jangan malas-malas tau…jadi duit kat tabung nih la kita gunakan…nak bayar seminar ke ceramah ke…

Tabung 3 (10%)
ASET….ok…korang mesti ada aset tau..rumah ke tanah ke…hotel ke…maka, nak beli bukan dua singgit kan…murah sangat…haaa..simpanlah dalam tabung nih…sikit-sikit lama-lama banyaklah

Tabung 4 (5%)
MASA HADAPAN….korang kena ada tabung masa depan nih…sebab kita tak tau hari tua nanti macam mana ekonomi kita kan…masa tuh dah pencen…tak larat dah nak membanting tulang 4 kerat nih ke sawah ke kebun….simpan dari sekarang…

Tabung 5 (10%)
DIRI SENDIRI…mesti ada…perempuan..teringin nak mekap..nak bedak ke…gincu ke….brooch ke….simpan sesiap…cukup je leh beli…tabung nih kira macam penghargaan untuk diri sendiri…nak pergi spa ke…beli nutriwhite ke…amek duit dari tabung nih…

Tabung 6 (10%)
SEDEKAH…isik duit sedekah zakat kat sini….korang nak pergi sedekah kat pondok tahfiz hari-hari tak daya….jadik…simpan dalam nih…nampak kan?

Tabung 7 (10%)
MAK AYAH…mak ayah duduk jauh…nak pergi bank pun susah…ok….simpan duit untuk mereka dalam tabung nih…nih tambahan la…cegumanes buat….nampak banyak…hadiahkan mereka sesuatu yang mereka impikan…😊😊

Senang cerita…hati kena kental nak buat tabung nih…korang memang akan rasa ya Allah apesal aku lambat….try buat…

Selamat mencuba

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge