5 TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN

Berat badan menaik selepas bersalin? Memang menjadi mimpi ngeri bagi mommies semua…Jika boleh, nak berat badan seperti zaman anak dara…Tapi, boleh ke?

Mari, saya kongsikan tips untuk kurus selepas bersalin…

1) MENYUSU BADAN

Dengan menyusukan anak secara penyusuan eksklusif, berat badan mommies akan menurun dan kembali ke zaman anak dara…Kerana, si comel cuma perlukanĀ 300 hingga 500 kalori sahaja setiap hari. Mereka akan ambil kalori ini dari lemak-lemak yang ada pada mommies….Sebab tuh badan ibu menyusu kekal langsing, lemak tak sempat berkumpul dah diberi kepada si comel…

2) KURANGKAN MAKANAN BERAT

Betullah, selepas sahaja menyusukan anak mahupun mengepam, memang perut terasa lapar…Dan kedengaran pula suara ibu-ibu kita…”Makan banyak sikit, biar susu sedap, anak kenyang”….No mommies…no….bukan makan untuk berdua….makanlah makanan yang berkhasiat…

Sebagai contoh, mommies boleh amalkan oat, roti bakar, mahupun biskut…Makanan ringan yang mengenyangkan perut dan tidak menganggu pengeluaran susu ibu….

3) SENAMAN RINGAN

Jangan pula lakukan senaman semasa berpantang kerana obses untuk kurus…Lakukan selepas berpantang seeloknya selepas 100hari…Tunggu sehingga badan benar-benar bertenaga dan sihat….Hanya lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki 10 minit, menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan…Elakkan berlari ya…atau melompat…lain pula jadinya nanti

4) MINUM AIR MASAK

Banyakkan meminum air masak tidak akan menggemukkan badan ya…Malah boleh menguruskan badan kerana badan mendapat jumlah air yang secukupnya…Dan semestinya susu semakin banyak…

5) PERASAAN GEMBIRA

Perasaan ibu apabila melihat anak mendapat susu yang secukupnya tidak tergambar dengan kata-kata…Hormon gembira ini boleh membantu mommies untuk mendapat berat badan yang ideal…Semakin kerap anak menyusu, berat badan akan menurun dan kembali langsing…Sungguh menggembirakan…

**Selamat mencuba**

 

Byte Jannate

sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Postage seluruh Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge