5 RESEPI BERPANTANG YANG AYAH BOLEH BUAT

5 RESEPI BERPANTANG YANG AYAH BOLEH BUAT

Apabila berpantang sendiri tanpa ibu sendiri mahupun ibu mertua….Ibu terpaksa melakukan kerja-kerja berpantang secara sendiri…paling diingatkan selain mengurut dan bertungku adalah masakan….Ibu erlu berpantang makan dan minum…lebih-lebih lagi jika menyusu badan….Bimbang makanan yang dipilih boleh menaikkan kuning anak atau masalah kembung perut…

Untuk menyediakan makanan ibu berpantang, ayah juga boleh bantu…mudah dan ringkas….Saya kongsikan 5 resepi untuk disediakan…

A) Ikan tenggiri masak asam

  1. Gaulkan ikan tenggiri bersama halia, bawang putih dan sedikit garam..
  2. Panaskan minyak dan masukkan ikan yang telah siap digaul
  3. Selepas ikan kelihatan garing…Masukkan air perahanĀ asam jawa…Gaul sebentar
  4. Siap dihidangkan untuk ibu

B) Ikan merah masak sup

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan rempah 3 serangkai (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
  2. Masak sehingga naik bau (wangi dan enak)
  3. Masukkan rempah sup (anggaran 3 sudu)
  4. Masukkan ikan merah yang telah dipotong
  5. Masukkan air
  6. Tunggu sehingga mendidih dan siap dihidangkan

C) Ikan tenggiri bakar

  1. Gaulkan ikan tenggiri yang telah siap dibersihkan bersama halia, bawang merah, bawang putih dan serbuk lada hitam.
  2. Gunakan pemanggang ajaib dan masukkan ikan yang telah siap digaul
  3. Tunggu sehingga masak dan angkat
  4. Siap dihidangkan

D) Ikan merah masak stim

  1. Sediakan ikan merah yang telah siap dipotong dan dibersihkan..
  2. Hiriskan bawang merah, bawang putih, dan halia…taburkan pada ikan merah…
  3. Perahkan limau nipis di atas ikanĀ (untuk rasa masam)
  4. Masukkan ikan bersama ramuan ke dalam pemanggang ajaib..
  5. Biarkan sehingga masak
  6. Siap dihidangkan

E) Ikan tenggiri masak pindang

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan sedikit garam
  2. Masukkan air
  3. Masukkan ikan
  4. Biarkan sehingga mendidih
  5. Siap dihidangkan

 

 

Ini pemanggang ajaib yang sungguh mudah digunakan oleh ayah untuk memasak makanan berpantang ibu..

pemanggang ajaib untuk ibu berpantang

**Pemilihan ikan semasa berpantang amat penting bagi mengelakkan luka bersalin merasa gatal dan menyebabkan ia lambat sembuh…

**Jika inginkan luka bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun czer sembuh dengan segera…klik di sini….

 

 

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge