5 SEBAB KENAPA IBU PERLU BERPANTANG?

5 SEBAB KENAPA IBU PERLU BERPANTANG?

Ada yang tertanya-tanya tak kenapa ibu selepas bersalin perlu berpantang? Ada yang kata kena pantang 44 hari, ada 100 hari, ada yang setahun….lama kan? Jom ketahui sebab kenapa ibu perlu berpantang…

1. TUBUH IBU BENAR-BENAR SIHAT

Ibu melalu proses bersalin yang amat menyakitkan…demi melahirkan anak yang dicintai sepenuh jiwa dan raga….tidak hairanlah…banyak urat yang putus….darah yang keluar terlalu banyak….ada juga yang menerima jahitan akibat koyakan….Allahurobbi…besar pengorbanan ibu…

Maka, oleh sebab itu, ibu memerlukan tempoh berpantang untuk memastikan dalaman ibu sembuh dan sihat seperti sebelumnya…

2. SUPAYA LUKA CEPAT SEMBUH

Semasa berpantang, ibu perlu menjaga makan dan minum….Elakkan ais, air bergas, air berkafein…Makanan pula perlu elakkan yang berangin, pedas, sejuk….Semuanya bagi membolehkan luka bersalin cepat sembuh….Tak mahulah ibu menanggung sakit akibat luka yang lambat sembuh…..Biarlah cepat….Jadi, ibu akan merasa gembira

3. MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK

Tempoh berpantang yang panjang membantu ibu untuk mengeratkan hubungan dengan si comel yang baru dilahirkan…Ibu tidak akan diganggu…..Ibu diberi masa sepenuhnya untuk bersama si comel…Ibu menyusukan, memandikan, dan berehat dengan si comel…

4. MENGELAKKAN IBU TERTEKAN

Ya, ini memang merupakan sebab penting mengapa ibu perlu berpantang….Semasa berpantang, ibu sebenarnya perlu dibantu oleh ahli keluarga terutama suami untuk melakukan kerja-kerja rumah…Jangan bebankan dan serabutkan fikiran ibu dengan rumah yang bersepah….Tempoh berpantang merupakan tempoh untuk ibu berehat bersama si comel…

5. MENDAPATKAN BERAT BADAN ASAL

Yang menyeronokkan semasa berpantang, ibu boleh mendapat berat badan asal…Malahan ada yang lebih kurus..Termasuklah saya….Sebab makan dan minum memang dijaga sepenuhnya oleh ibu…Tak boleh makan sebarangan….Alhamdulillah…berat semasa mengandung…67kg….semasa berpantang tinggal 52kg sahaja…syukur….tak perlu rungsing cara untuk turunkan berat badan lagi….

 

***Ikutlah cara berpantang orang lama….yang tidak melanggar hukum syara’…Ia penting bagi menjaga keharmonian rumah tangga…

***Ingin sembuhkan luka bersalin dengan cepat? Klik sini

 

~~SALAM SAYANG~~

Byte Jannate

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge