RESEPI AYAM UNGKEP CIK MINAH

Apa menu masakan hari ini? Rasa nak masak yang simple jek la….mudah dan cepat…

Ok…kali ini nak kongsi resepi ayam masak ungkep dari ibu tersayang…cubalah…pasti menjilat jari…

Bahan-bahan:-

1) Ayam

2) Serai

3) Bawang merah

4) Bawang putih

5) Halia

6) Kunyit

7) Gula

8) Garam

9) Air perahan asam jawa

 

Cara memasak:-

1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit sehingga lumat.

2) Titikkan serai

3) Panaskan minyak

4) Tumis bahan yang telah siap ditumbuk sehingga naik bau

5) Masukkan ayam dan gaul sehingga mesra

6) Masukkan sedikit gula dan garam mengikut cita rasa

7) Apabila ayam sudah masak, masukkan air perahan asam jawa

8) Tunggu sebentar

9) Angkat dan hidangkan

Dah siap…mudah sangat resepi ini….untuk ibu-ibu bekerjaya….boleh cuba…

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge