RESEPI IKAN MASAK STEAM UNTUK DIABETES

Kali ini saya nak kongsi resepi untuk menu makan tengah hari pula.

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan bawal/ikan merah/ikan siakap

Halia (anggaran)

Bawang holland (2 biji)

Bawang putih (5ulas)

Perahan limau nipis (1biji)

Serai (1batang)

Cara memasak:-

1) Bersihkan ikan bawal dan ketepikan

2) Hiris halus bawang holland, bawang putih dan halia

3) Titikkan serai

4) Letakkan ikan bawal ke dalam bekas dan campur semua bahan yang telah dipotong hiris bersama serai ke atas ikan

5) Perahkan limau nipis ke atas ikan untuk rasa masam

6) Kukuskan ikan bawal sehingga masak

7) Siap dihidangkan

 

**Menu di atas boleh dimakan bersama beras perang bagi mengurangkan pengambilan karbohidrat yang boleh menyebabkan paras gula naik selepas makan

**Selamat mencuba

Ikhtiar sihat,

Bytejannate


 

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge