TIPS PENJAGAAN LUKA PESAKIT DIABETES

TIPS PENJAGAAN LUKA PESAKIT DIABETES

Pesakit diabetes memang pantang apabila mempunyai luka…risaunya bila ada sahaja luka pada kulit badan apabila ada masalah diabetes…mengapa? Kerana bimbang kuman akan merebak dan menjadi busuk seterusnya terpaksa dibuang..

Tetapi tidak boleh tidak…luka boleh terjadi walaupun sudah berhati-hati…Ketahui tips untuk merawat luka diabetes…

1) Kerap mencuci tempat luka

Jika luka kecil, buat sendiri di rumah..cuci dengan ubat kuning…menggunakan kapas…bersihkan tangan sebelum mencuci…jika luka yang besar, boleh ke klinik kesihatan untuk mencuci…

2) Elakkan terkena air

Jika boleh dibalut…balutlah dengan kemas dan bersih…jika hendak mandi…pastikan tidak terkena air…atau hanya mengelap sahaja badan sehingga luka benar-benar sembuh…luka yang basah akan melambatkan ia untuk sembuh…

3) Elakkan makanan yang gatal

Makanan seperti telur, udang, sotong, ayam boleh dielakkan sementara luka hendak sembuh…apabila gatal…bimbang luka makin merebak dan lambat sembuh…

4) Berhenti minum manis

Memang berpantang manis untuk pesakit diabetes..tapi lebih berpantang lagi jika ada luka…elakkan minuman yang manis walaupun menggunakan gula merah…manisan boleh menyebabkan luka lambat sembuh

5) Kurangkan bergerak

Lazimnya pesakit diabetes akan mengalami luka di bahagian kaki…jadi, kurangkan bergerak atau berjalan sehingga luka benar-benar sembuh…kita tak mahu luka hampir sembuh..tetapi sudah aktif bergerak…nanti boleh menyebabkan luka melarat ke bahagian lain..

**Semoga tips ini bermanfaat untuk anda..

**Ikhtiar sihat,

ByteJannate

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge