5 PUNCA MASALAH DARAH TINGGI IBU HAMIL

Kita selalu dengar masalah darah tinggi dan ibu hamil.Masalah ini berisiko tinggi terhadap ibu dan bayi di dalam kandungan. Doktor akan memantau tekanan darah tinggi ibu hamil lebih-lebih lagi jika waktu kelahiran hampir tiba.

Sebelum itu,mari kita ketahui apakah punca kepada masalah darah tinggi ibu hamil ini.

1) Tekanan emosi di tempat kerja

Seringkali ibu bekerja yang sedang hamil mengalami tekanan di tempat kerja.Mungkin diberi tugas yang banyak.Mungkin juga diberi tugas yang di luar kemampuan ibu.

Jika ini berlaku, ibu boleh berbincang dengan ketua beritahu ibu tidak boleh melakukan tugasan tersebut.

2) Diet yang tidak sihat

Bukan sahaja mereka yang ingin kurus perlukan diet yang sihat, ibu yang sedang hamil juga memerlukan diet yang sihat dan seimbang.

Elakkan pengambilan kafein yang membantutkan penyerapan khasiat daripada makanan yang diambil. Kurangkan garam di dalam masakan sangat membantu. Lebih elok jika ibu gunakan sahaja garam bukit.

3) Tidak melakukan senaman

Ya, ibu hamil juga perlu bersenam. Tetapi hanya senaman yang ringan dan tidak terlalu extreme. Lakukan senaman 2 kali seminggu sekurang-kurangnya untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan. Ini juga akan membantu aliran oksigen kepada bayi di dalam kandungan.

4) Kurang bersilaturrahim

Semasa hamil,elakkan bersendiri. Selalu bercerita dengan rakan-rakan sekerja. Berkongsi perihal anak-anak, perihal kerja juga perihal kehamilan itu sendiri. Bersilaturrahim dapat membawa ibu kepada fasa ketenangan kerana dapat berkongsi masalah dengan insan-insan yang dipercayai.

5) Tidak bercuti

Semasa hamil, ibu juga digalakkan untuk bercuti. Bertukar angin. Menghirup udara segar dan nyaman. Jauh dari hiruk pikuk dan jem di bandar-bandar besar. Ini secara alaminya akan mengurangkan tekanan ibu.

Sama-saya cegumanes doakan ibu yang sedang hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan. Nikmati fasa kehamilan yang sangat indah ini.

*Cegumanes*

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge