BRUNEI: PENUH DENGAN KILAUAN EMAS

BRUNEI: PENUH DENGAN KILAUAN EMAS

Assalammualaikum semua..meh hari ini cegumanes nak tanya korang pernah ke Brunei? Yela, Brunei yang kaya dengan minyak tuh..Hari ini cegumanes nak mengimbau kenangan lah dengan Brunei..Cegumanes melawat ke Brunei nih bersama rakan-rakan di IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM atas tiket kumpulan penyokong untuk Pertandingan Pidato Pendidikan Islam peringkat Antarabangsa.. Seronok juga kan..sambil menyokong dapat juga berjalan..

Tempat pertama yang kami tuju semestinya Masjid Brunei..Kami diberitahu kubah masjid tuh dibina dengan emas..Emas asli..dan tiada pula kes kecurian..alhamdulillah…

Apa yang cegumanes nak bagitau kat Brunei nih perasaan lain macam. Rasa tenang dan selamat jek…Mungkin sebab hukuman hudud yang dijalankan menyebabkan kita rasa selamat di sana..Shoping complex diorang tak ada guard pun..hotel pun tiada guard…Dan rezeki kami masa tuh, kami jumpa Putera Mahkota Brunei ┬áPengiran Muda Al-Muhtadee Billah..Cuma tiada gambar bersama sebab mereka tidak memakai pakaian rasmi. Jumpa pun di shoping complex. Mereka sekeluarga menonton wayang.

Selain tuh, jalan raya kat Brunei nih tiada motosikal. Semuanya berkereta. Menarik tau. Untuk pejalan kaki, tak perlu lampu isyarat. Cuma ada laluan kuda belang atau zebra line. Bila nak melintas, pejalan kaki cuma perlu berjalan dan kenderaan akan berhenti secara automatik. Pemandu semua tahu undang-undang dan peraturan jalan raya dan mereka memang mengamalkannya..Best kan?

 

Kami juga telah dibawa menaiki bot mengelilingi kawasan Kampung Air..Semestinya rumah mereka di atas air..Siap dapat jumpa pengantin naik bot lagi..hehe.. Kami juga dapat melihat batu Si Tanggang. Sejauh mana kebenarannya, kami pun tak pasti. Tapi memang ada peninggalan batu tersebut.

Banyak lagi tempat menarik yang kami lawati semasa di Brunei dan semestinya ada gambar cegumanes..Tunggu entri seterusnya tau..Cegumanes nak godek gambar dulu untuk tatapan korang…

 

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge