PERCUTIAN KELUARGA KE MELAKA DENGAN BAJET RENDAH

PERCUTIAN KELUARGA KE MELAKA DENGAN BAJET RENDAH

Melaka? Siapa tak kenal negeri Melaka..negeri yang membawa sejarah Kesultanan Melayu Melaka..kita memang belajar ilmu Sejarah bermula dengan Melaka..Parameswara, Hang Tuah, Hang Jebat semuanya dianggap sebagai wira Melaka..

Cuti yang lepas, cegumanes sekeluarga telah mengambil keputusan untuk bercuti ke Melaka..Dekat dan memang tujuan utama nak bawa anak pergi ke zoo..kenal dengan haiwan..

 

Cegumanes bertolak pagi, dalam pukul 10 macam tuh terus ke Menara Taming Sari..di menara nih, kita boleh tengok seluruh bandar Melaka..ada pegawai bertugas yang akan memberi serba sedikit info berkaitan pemandangan yang kita lihat..

Turun dari Menara Taming Sari, kami bergerak ke kawasan menaiki bot..Bot ini akan membawa kita mengelilingi Sungai Melaka..perjalanan mengambil masa 40 minit..lama tau..banyak bangunan lama di sekeliling sungai Melaka nih..ada mural-mural seolah-olah penceritaan sejarah Melaka..Menarik..

Turun dari bot, kami terus bergerak ke hotel..badan pun dah letih dengan si comel yang tak berapa sihat..kasihan dia..hingus meleleh je..selesema..tak pe..cegumanes ada sediakan krim khas untuk selesema dia tuh..

Hotel tempat cegumanes menginap nih, hotel baru..kawasan pun baru..tak banyak kedai yang buka..namanya Marveluc Hotel..kami pilih hotel nih sebab ada peti ais..cegumanes senang nak simpan susu..alhamdulillah masih lagi diberi rezeki untuk menyusukan anak dengan susu badan..

Petang tuh, kami berehat di hotel sahaja..ada balkoni lagi bilik kami..Malamnya kami bergerak cari makan..kami ke Bandar Melaka..alhamdulillah jumpa kedai makan berdekatan RestoranMelayu Melaka..

Keesokan harinya kami bergerak ke zoo melaka..lain..cukup lain berbanding zaman cegumanes kecil 20 tahun dulu..Dulu banyak binatang, zoo pun bersih dan terjaga..Kali ini sampai, zoo Melaka dah tak banyak haiwan..tapi untuk bawa anak kenal dengan haiwan boleh la..

 

Selesai melawat zoo, kami bergerak pulang ke Muar..alhamdulillah..percutian yang hebat dan menjimatkan wang kerana keseluruhan perbelanjaan hanya menelan belanja RM400 sahaja..

 

Di bawah ini cegumanes sertakan bayaran setiap tempat yang kami lawati:-

1) Menara Taming sari (RM17.00) x 2 = RM34.00

2) Melaka River Cruise (RM15.90) x 2 = RM31.80

3) Marveluc Hotel = RM179

4) Zoo Melaka (dewasa) = RM17 x2 + RM34

5) Minyak Kereta = RM50

6) Makan = +-RM50

Jumlah = RM378.80

Selamat bercuti dari cegumanes

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge