14 MAKSUD JERAWAT PADA WAJAH YANG ANDA MESTI AMBIL TAHU

14 MAKSUD JERAWAT PADA WAJAH YANG ANDA MESTI AMBIL TAHU

Hai korang…selamat berhujung minggu..jap..cuba pegang wajah korang..telek sikit dekat cermin..ada jerawat tak? Haaa..jerawat kat mana tuh..Kali nih cegumanes nak cerita lah apakah petunjuk kepada jerawat yang keluar kat muka kita tuh..Wajib ambil tahu tau sebab ia menunjukkan sistem organ tubuh badan kita..

Boleh rujuk gambar di bawah dan cegumanes akan terangkan bagi setiap nombor itu..

  1. Untuk nombor 1 dan 2 ia menunjukkan gangguan kepada sistem pencernaan. Maka, minumlah air masak yang secukupnya dan hindarkan makanan segera.

  2. Nombor 3 pula dan kawasan sekitar alis kanan dan kiri  menunjukkan gangguan kepada hati..Elakkan minuman alkohol dan makanan segera..

  3. Nombor 4 dan 5 menunjukkan gangguan ginjal. Masalah dark circle yang sering berlaku di sekitar menunjukkan masalah tersebut.Seperti biasa banyakkan meminum air masak dan banyakkan berehat..

  4. Kawasannombor 6 jikamenunjukkan hidung yang kemerahan menandakan berlaku pengingkatan aliran darah ke bahagian hidung. Penghasilan whitehead di sekitar hidung menandakan berlaku penipisan kulit wajah akibat penggunaan krim pemutih..

    Klik sini untuk ketahui cara atasi masalah whitehead..

  5. Jika terdapat jerawat di telinga iaitu nombor 7 dan 8 ia menunjukkan kegagalan fungsi buah pinggang..Ambil serius perkara ini jika kerap berlaku jerawat di kawasan telinga..

  6. Jerawat yang muncul di area nombor 9 dan 10 pula menandakan gangguan sistem pernafasan..Selalu berlaku kepada perokok dan mereka yang mengalami masalah alergi kepada habuk dan debu..

  7. Sekitar kawasan 11 dan 12 menunjukkan gangguan kepada gigi, sama ada gigi berlubang atau baru lepas menjalani rawatan pergigian..

  8. Area nombor 13 menandakan ketidak stabilan hormon dalam badan terutaman perempuan yang akan didatangi haid..Ia juga menandakan tekanan yang berat sedang dialami..

  9. Bgai nombor 14, jika anda mempunyai jerawat, tandanya leher anda berada dalam keadaan tidak bersih..Gunakan pencuci wajah untuk mebersihkan bahagian leher anda..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge