RESEPI DAGING MASAK ASAM CIK MINAH

Hai..hai..selamat berpuasa..dah fikir menu untuk juadah berbuka puasa nanti? Kali ini cegumanes nak share resepi dengan korang semua yang mudah dan ringkas. Ibu bekerja, balik dah letih tuh boleh lah masak menu ini. Senang je.

**resepi ini untuk 4orang**

Bahan-bahan:-

1) Daging lembu yang telah siap direbus

2) Halia

3) Kunyit

4) Bawang putih

5) Bawang merah

6) Lada merah dan hijau yang telah dihiris

Cara penyediaan:-

1) Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit hingga lumat. Jumlahnya ikut kesesuaian korang tau.

2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan tadi.

3) Masukkan daging yang telah siap direbus dan dipotong ke dalam kuali.

4) Gaul hingga rata. Masukkan garam bukit secukup rasa.

5) Jika air rebusan daging masih ada, boleh masukkan ke dalam kuali. Atau jika tiada masukkan sedikit air supaya daging cukup empuk bersama rempah.

6) Masukkan lada merah dan hijau yang telah dihiris untuk rasa pedas. Ikut korang nak letak sikit ke banyak ye.

7) Akhir sekali masukkan air perahan asam jawa. Gaulkan dan siap.

Selamat mencuba

*cegumanes*

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge