5 TIPS BERAYA DI RUMAH MERTUA

5 TIPS BERAYA DI RUMAH MERTUA

Eh, baca tajuk dah nak beraya ke kita nih? Iyelah..tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi..so, korang beraya di mana tahun nih? Cegumanes beraya di rumah keluarga..tahun lepas dah beraya di rumah mertua..

Ramai berdebar nak beraya rumah mertua, lagi-lagi yang baru mendirikan rumah tangga. Yela, kita tak tahu cara mereka beraya macam mana kan. Menu apa yang nak dimasak. Dapatnya kita yang tak reti masak. Lagi gelabah.

Sebenarnya, tiada apa yang nak ditakutkan atau dibimbangkan pun. Sama je beraya macam biasa. Tapi, cegumanes nak kongsi sedikit tips untuk korang semua.

1) BANGUN AWAL

Ini sudah semestinya, pagi raya tuh bangun awal. Malam tuh dah tanya suami dulu, selalu pagi raya keluarga sarapan ketupat atau ada makanan lain yang perlu dimasak. Kalau ketupat, tiada masalah. Sebab hari terakhir Ramadhan kita dah pun masak ketupat dan lauknya. Kalau mereka setiap tahun, pagi raya nak mi goreng ke nasi goreng ke bihun ke, tugas korang lah yang bangun awal nih untuk masak.

2) KEMAS MEJA DAPUR

Kenapa meja dapur? Selalunya pagi raya, meja inilah yang bersepah sedikit. Dengan lauk orang mengunjung. Penuh meja. Tau kan orang mengunjung? Tempat cegumanes ada. Pagi raya, tukar ketupat dan lauk sesama sanak saudara dan jiran tetangga

3) GOSOK BAJU RAYA

Haa.yang nih boleh buat malam raya lah kan. Korang gosokkan lah baju raja mak mertua dan bapa mertua tuh. Apalah salahnya. Sesekali. Diorang mesti suka.

4) BERMAAFAN

Sama macam kita beraya di rumah keluarga sendiri, bermaafan dengan mak ayah. Macam tuh jugak beraya di rumah mertua. Bermaafan dengan keluarga mertua. Sambil bermaafan, hulurkan duit raya untuk mereka. Tak sikit pun, bagilah banyak.

5) BERAYA BERSAMA

Cegumanes dulu, beraya ke rumah jiran-jiran dengan keluarga mertua. Kita tak duduk dengan mereka, jadi ada jiran yang kita tak kenal. Tuh yang ikut mereka beraya. Dapat kenal jiran yang rapat dengan keluarga.

Ini tips dari cegumanes. Mungkin korang ada yang nak tambah ke. Boleh lah kita kongsi sama-sama.

Salam lebaran dari,

*cegumanes*

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge