RESEPI TEMPE GORENG TEPUNG YANG SEDAP DAN RANGUP

RESEPI TEMPE GORENG TEPUNG YANG SEDAP DAN RANGUP

Jom cegumanes berikan resepi tempe goreng tepung yang menjadi pembuka selera anda semua.

Bahan-bahan:-

1) Tempe 6 keping dibelah dua setiap satu keping

2) 3 sudu kecil jintan ketumbar

3) 3 sudu kecil jintan putih

4) 3 sudu kecil jintan manis

5) satu batang kunyit (anggaran)

6) garam secukup rasa

7) tepung goreng kentucky

Cara memasak:-

1) Tumbuk jintan ketumbar, jintan manis, jintan putih, kunyit dan garam sehingga lumat

2) Gaulkan bersama tempe yang telah dibelah dua

3) Taburkan tepung goreng kentucky

4) Masukkan sedikit air agar ramuan tadi dapat digaul dengan sebati bersama tempe

5) Panaskan minyak dan masukkan tempe

6) Setelah garing, tempe diangkat dan ditoskan minyak.

7) Siap untuk dimakan sama ada makan begitu sahaja atau dicicah sambal hitam

Selamat mencuba

*cegumanes*

22 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge