SERONOKNYA MEMBACA PART 1

Hai korang semua. Apa hobi korang di masa lapang? Masa kecil dulu, bila cikgu tanya apa hobi awak? Paling senang jawapan adalah baca buku. Walaupun sebenarnya tak minat baca buku. Betul ke? Hehehe.

Oklah, cegumanes memang suka membaca. Suka beli buku. Masa kecil dulu, semestinya buku cerita yang jadi pilihan. Dah masuk sekolah menengah, kita layan novel pula.

Masuk IPG, minat bertukar kepada baca majalah macam Mingguan Wanita sebab suka baca cerita benar para pembaca.

Bila dah bekerja dan berkahwin, suka pula membaca majalah PA&MA, iSIHAT, dan buku motivasi serta buku keagamaan.

Alhamdulillah. Memang berkesan sebenarnya bila kita suka membaca. Emosi lebih stabil. Dan kita tak mudah melatah bila berhadapan dengan sesuatu situasi yang menyukarkan. Kita akan rasa tenang dan akan relate dengan ilmu yang kita dapat melalui pembacaan.

Haaa. Nak tahu, cegumanes dulu masa sekolah rendah kan, pernah menangis-nangis tak dapat beli buku yang kedai buku jual kat sekolah. Biasa kedai buku akan hantar slip senarai buku yang diorang jual kan? So, bila balik rumah memang dah siap-siap tick dengan mak nak beli buku mana satu. Mak pula siap-siap bagi duit.

Esoknya? Masa rehat, cegumanes sibuk makan masa rehat dan bermain dengan kawan, lupa nak pergi ke kedai buku untuk beli buku-buku tuh. Bila dah habis waktu rehat, baru perasan kedai buku tuh dan tak boleh nak beli lagi. Sebab dah kena masuk kelas untuk belajar. Menangis lah cegumanes masa tuh. Sedih sangat. Rugi. Sebab tajuk-tajuk yang dipilih tuh semua best.

Balik rumah, menangis lagi. Mak pujuk. Hujung minggu kita ke bandar beli buku cerita lain. Barulah dapat berhenti menangis. Kemaruk betul dengan buku masa kecil-kecil dulu.

Bila teringat, memang menyeronokkan. Jom sama-sama amalkan budaya membaca. Nanti cegumanes kongsi lagi cerita tentang buku ini ya. Nantikan.

*Cegumanes suka baca buku*

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge