MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Hai semua. Nak tanya lah, korang pernah baca tak buku kat atas nih? Ini bukan buku untuk orang yang berbisnes sahaja tau, orang biasa pun boleh baca. Supaya dimurahkan rezeki.

Kita selalu rasa susah, sempit, gelisah, dan tak tentu arah bila kurang rezeki. Kita juga selalu sangat fokuskan rezeki dengan duit atau wang.Di dalam buku ini diterangkan bahawa skop rezeki itu sebenarnya sangat luas. Rasa bahagia, sihat, gembira merupakan rezeki. Ada rumah besar, anak-anak yang berjaya juga rezeki. Terlalu luas.

Sebenarnya, perincian buku ini adalah penulis menerangkan cara untuk menjemput rezeki. Rezeki itu dari Allah s.w.t.Dia adalah pemilik rezeki yang mutlak. Jika ingin dimurahkan rezeki, kita jemput rezeki tersebut tanpa perlu mencari-cari di mana. Ini adalah lebih baik.

Jadi, bagaimana cara yang dikongsikan? Sebelum itu, apa yang Allah suka para hambanya lakukan? Melakukan ibadah kepadaNya dan mendekatkan diri denganNya. Maka, lakukanlah zikir, solat sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya. Lakukan dengan penuh keikhlasan kerana ingin meningkatkan keimanan. Ikhlaskan hati dalam proses menjemput rezeki.

Buku ini sangat disarankan untuk mereka yang merasa susah dan sukar merasa cukup dengan apa yang diperoleh. Bacalah. Anda akan dapat sesuatu dari buku ini. Boleh dapatkan dari kedai buku berhampiran anda.

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge