RESEPI PUDING ROTI PALING RINGKAS UNTUK TETAMU BERAYA

RESEPI PUDING ROTI PALING RINGKAS UNTUK TETAMU BERAYA

Terfikir-fikir untuk juadah para tetamu? Rasa nak hidang kuih dan kerepek macam tak seronok, lagi-lagi bila tetamu yang datang dari jauh. Apa kata kita buat puding roti ini. Mudah dan ringkas.

Bahan-bahan:-

  1. 6 keping roti putih
  2. 30 gm mentega yang telah dicairkan
  3. 80 gm kismis
  4. 4 biji telur yang siap dipukul
  5. 475ml susu segar
  6. 150gm gula halus
  7. 1 sudu kecil esen vanila

Cara memasak:-

  1. Mula-mula sekali, carik-carik roti tadi dan susun di dalam bekas.
  2. Tuangkan mentega yang telah dicairkan ke dalam bekas berisi roti tadi.
  3. Selepas itu, pukul telur bersama esen vanilla, susu segar dan gula halus.
  4. Bakar di dalam oven pada suhu 175 darjah celcius selama 45minit.
  5. Siap untuk dihidangkan atau boleh juga disimpan sejuk.

Sungguh mudah dan ringkas. Selamat mencuba.

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge