7 LANGKAH BUAT FACIAL TREATMENT DI RUMAH DENGAN BERKESAN DAN MENJIMATKAN

7 LANGKAH BUAT FACIAL TREATMENT DI RUMAH DENGAN BERKESAN DAN MENJIMATKAN

Assalammualaikum, esok raya! Yeay, esok raya! Jadi macam mana dengan persiapan raya? Dah siap semuanya? Kalau dah siap, boleh lah fokus untuk kecantikan di hari raya.

Jom kali ini cegumanes nak kongsi dengan korang langkah mudah untuk buat facial treatment di rumah. Dah nak raya nih, tak sempat dah pergi spa semua. Tak siap rendang nanti kalau kita pergi. Ye tak?

Ok. Korang boleh ikut step ini tau.

1) bersihkan tangan.

Pape hal, ini perkara penting untuk korang Ā buat. Tangan ini paling banyak bakteria terkumpul. Lebih baik korang bersihkan dahulu.

2) wapkan muka.

Tak perlu secanggih alat stim wajah di spa tu. Korang boleh didihkan air dan tuang ke dalam besen. Dan tundukkan wajah supaya dapat membuka pori wajah. Pastikan korang tutup kipas atau air cond semasa mewapkan wajah. Biarkan wajah terdedah dengan dalam masa 15minit.

3) Scrub muka

Kemudian, apabila pori wajah dah terbuka, lakukan scrub. Picit sedikit nutriwhite make up remover dan gosok pada wajah dengan lembut. Pastikan kulit wajah adalah kering semasa melakukan scrub ini. Korang akan rasa daki keluar dari muka. Setelah siap, boleh bilas dengan air bersih.

4) Cuci muka

Selepas scrub, cuci muka dengan pencuci muka nutriwhite. Picit sedikit dan gosok pada muka. Memang best. Lembut di wajah. Buih pun banyak.

5) Masker

Cegumanes pilih ESP dan Kolagen powder untuk masker muka. Bancuh keduanya, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sapu pada wajah dan biarkan selama 20minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Akhirnya, selesai facial treatment di rumah. Tak susah. Jimat duit. Lagipun cegumanes guna produk semulajadi. Tak de la kesan kulit mengelupas ke apa. Alhamdulillah.

Salam kecantikan dari cegumanes

5 Comments

    • kesan dia memang terbaik. kalau pergi spa sudah keluar duit beratus-ratus tapi sekali sahaja. produk nutriwhite harga baru berapa, tapi boleh guna banyak kali. jimat tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge