5 TIPS ELAK JERAWAT MUNCUL

1) ELAKKAN MEMAKAN KEKACANG

Kita tahu selalunya bila makan kacang,jerawat akan muncul. So,elakkan makan kekacang ya.

2) ELAKKAN MAKANAN BERMINYAK

Makanan bergoreng,jangan selalu ambil. Bila kita terlalu kerap makan makanan yang berminyak, kita akan mengalami masalah kulit yang berminyak. Kulit wajah yang mengalami lebihan minyak akan menyebabkan mudah mendapat jerawat.

3) KERAP BERSIHKAN WAJAH

Cucilah muka dengan pembersih muka semulajadi dengan kerap. Sama ada 2 kali sehari atau tiga kali sehari. Wajah yang kotor juga boleh menyebabkan jerawat muncul.

4) LAKUKAN SKRUB WAJAH

Dalam seminggu, kita boleh lakukan skrub wajah dalam dua hingga tiga kali. Ini bagi membersihkan wajah daripada debu dan kotoran yang melekat melalui persekitaran kita. Hanya mencuci wajah sahaja tidak mencukupi. Liang pori akan tertutup dan tersumbat jika tidak dibersihkan.

5) AMBIL MAKANAN TAMBAHAN

Disebabkan faktor alam sekitar yang tidak lagi semulajadi menyebabkan terlalu banyak makanan yang kita ambil hari ini mempunyai bahan kimia.

Tanah yang dibaja supaya subur, tumbuhan yang disembur dengan racun perosak kemudian dimasak pada suhu yang tinggi menyebabkan kita tidak lagi memperoleh nutrisi yang secukupnya.

Jadi, ambillah makanan tambahan atau suplimen atau vitamin untuk kulit. Jika badan mendapat nutrisi yang lengkap, kulit juga akan bebas jerawat.

Salam kecantikan dari cegumanes

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge