SEBAB WANITA PERLUKAN MAKEUP REMOVER

SEBAB WANITA PERLUKAN MAKEUP REMOVER

Nampak enteng atau simple tapi sebenarnya kita sebagai wanita sangat perlukan makeuo remover. Jom cegumanes kongsikan sebab kita perlu guna makeup remover.

1) BERSIHKAN KULIT

Tak cukup jika hanya mencuci wajah sahaja. Kita perlukan cucian yang mendalam dan terperinci. Supaya makeup atau solekan di waktu siang dapat ditanggalkan dan dihilangkan.

2) ELAK PORI TERSUMBAT

Jika korang suka bersolek dan tidak menggunakan makeup remover, pori wajah akan lama-kelamaan tersumbat. Pori wajah yang tersumbat menyebabkan kulit berminyak dan terhasil whitehead atau blackhead. Seterusnya jika tidak dibersihkan akan muncul pula jerawat.

3) SOLEKAN YANG SEKATA DAN BERSERI

Apabila wajah berjaya dibersihkan dengan sempurna, maka solekan pada keesokan harinya akan sempurna dan cantik. Bayangkan jika hari ini anda bersolek, tetapi tidak dibersihkan dengan sempurna, esoknya pasti solekan menjadi tidak sekata dan comot.

4) BERTINDAK SEBAGAI SKRUB

Ya, inilah fungsi makeup remover. Selain menanggalkan makeup, ia juga dapat dijadikan sebagai skrub. Penggunaan makeup remover dari bahan semulajadi tidak akan menipiskan kulit jika digunakan setiap hari, malah adalah lebih baik kerana kulit muka kita sering terdedah dengan debu dan habuk persekitaran. Yang mana penggunaan pencuci muka sahaja tidak memadai.

5) MUDAHKAN BERIBADAH

Untuk umat Islam, apabila menggunakan solekan tebal, dibimbangi menyebabkan air wudhuk tidak mengalir ke kulit. Ini akan menyebabkan ibadah yang dilakukan tidak sah khususnya solat fardhu. Maka, penggunaan makeup remover adalah sangat penting.

Salam kecantikan dari cegumanes

12 Comments

    • sangat best. tak ada yang setanding dengan makeup remover nutriwhite ini. superb kesan dia. whitehead dan blackhead memang hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge