7 TIP ATASI KULIT BERMINYAK

7 TIP ATASI KULIT BERMINYAK

Kulit berminyak? Rimasnya. Tak selesa betul. Tak tahan. Lagi-lagi bila cuaca panas. Rasa macam boleh buat minyak goreng pisang. Wah wah cegumanes punya bidalan. Kemain. Yela. Cegumanes alami masalah muka berminyak. So, tahula tahap kerimasan tu macam mana.

Kali ini cegumanes nak kongsi tip untuk atasi kulit berminyak yang korang boleh cuba tau.

1) MINUM AIR KOSONG

Penting sangat minum air kosong secukupnya. Jangan skip. Lagi banyak minum lagi bagus. Cuma masalah sedikit bagi mereka yang tak suka minum air masak. Tapi, nak cantik tak? Paksa rela ok. Perlahan-perlahan latih diri untuk minum air masak.

2) LEKAPAN AIR SUAM

Ini kena rajin lah. Celup tuala bersih ke dalam air suam dan perahkan. Lepas tu lekapkan di muka. Sampai tuala tu sejuk. Fungsinya adalah untuk membuka pori wajah dan mengangkat kotoran pada muka.

3) MASKER PUTIH TELUR

Pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja. Pukul putih telur dan sapu pada wajah. Biarkan sehingga kering, kemudian basuh.

4) PISANG

Pisang mengandungi vitamin A,B dan E yang juga berfungsi sebagai anti penuaan. Kisarkan pisang sehingga lumat dan sapu pada wajah. Jika ada jerawat, campurkan dengan sedikit madu.

5) LEMON

Lemon mengandungi vitamin C yang tinggi untuk mencerahkan dan menyingkirkan bekas jerawat. Perahkan air lemon dan tambahkan madu, kemudian tekap di wajah. Untuk kesan lebih efektif, boleh juga meminum air lemon suam yang siap dicampur dengan madu.

7) ASID SALICYLIC

Berfungsi untuk mengeluarkan kelenjar produksi minyak dan folikel serta mengurangkan jumlah minyak yang keluar di wajah. Kenal pasti produk pencuci wajah. Pastikan ia mempunyai kandungan asid salicylic atau juga dikenali dengan 2-hyfroxybenzoic acid.

Selamat mencuba.

Salam kecantikan dari cegumanes

 

12 Comments

    • betul sangat kak aya. Makanan bergoreng memang menyumbang kepada masalah kulit berminyak. Boleh mula kurangkan untuk kulit bebas minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge