DEKATI DIA DENGAN IBADAH YANG SEMPURNA

DEKATI DIA DENGAN IBADAH YANG SEMPURNA

Kita hambaNya. Mahu hajat kita diperkenankan dan segala doa kita dimakbulkan. Tapi, adakah kita dekati Dia yang Maha Pemberi Rezeki? Cukupkah hanya dengan solat yang lima sehari semalam untuk kita peroleh segalanya?

Jika kita sendiri belum merasa cukup sempurna, dekatilah Dia dengan ibadah yang sempurna.

Cegumanes nak kongsi satu buku yang menceritakan dengan lengkap dan terperinci mengenai ibadah untuk insan yang bergelar Muslim.

Bagaimana kita hendak mendirikan solat dengan sempurna? Bagaimana mahu mengerjakan solat sunat yang sempurna? Bagaimana puasa,zakat dan haji dilaksanakan dengan sempurna. Segalanya dijelaskan di dalam buku ini.

Kita lihat serba sedikit isi yang terkandung di dalam buku ini.

(Bagaimana solat secara duduk dilakukan dan cara melakukan solat qasar diperincikan di dalam buku ini)

 

Buku ini cegumanes dapatkan di kedai buku popular. Mudah didapati. Cegumanes memang sarankan setiap rumah memiliki buku ini sebagai panduan. Kita manusia yang punya banyak khilaf dan kesilapan. Jika berlaku khilaf, boleh segera merujuk buku ini.

Selamat membaca dan mengamalkannya.

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge