MASALAH JERAWAT LELAKI,4 TIPS MENGATASINYA

MASALAH JERAWAT LELAKI,4 TIPS MENGATASINYA

Ingatkan perempuan sahaja yang risau kalau jerawat keluar, rupanya lelaki pun sama. Jadi tak keruan bila jerawat keluar sebiji dua. Kalau keluar banyak-banyak hilang macho. Ye kan? Kita selalu tengok, lelaki macam tak kisah dengan penjagaan kulit wajah, inilah penyebab utama kepada masalah kulit mereka.

Jom cegumanes kongsi tips untuk mengatasi masalah kulit wajah untuk lelaki. Perempuan boleh guna juga tips ini dan kongsilah dengan suami, kawan mahupun adik beradik.

1. Cuci muka setiap pagi

Bangun tidur dan ketika hendak tidur, cuci wajah dengan bersih. Pilih produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit anda. Sama ada berminyak atau kering. Pastikan produk tersebut boleh menanggalkan kotoran dan mengatasi masalah jerawat.

2. Gunakan krim UV

Penggunaan krim UV dapat mengatasi masalah kulit berminyak dan mengelakkan pori tersumbat. Sapukan sedikit secara nipis sahaja ketika hendak keluar dari rumah.

3. Pemakanan antioksida

Ambil pemakanan yang mengandungi antioksida yang tinggi seperti nenas, kiwi dan anggur. Sayuran juga mengandungi antioksida yang tinggi. Elakkan stress kerana ia juga menyumbang kepada munculnya jerawat. Lakukan aktiviti riadah yang menyihatkan tubuh badan.

4. Elakkan mencuci muka dengan sabun

Walaupun anda seorang yang ringkas, elakkan menggunakan sabun mandi untuk mencuci wajah. Guna pencuci wajah semulajadi dan bebas bahan kimia.

Selamat bermanfaat.

13 Comments

    • Lelaki juga mahu kulit glowing. Bukan maksud mereka tu makin keperempuanan. Cuma bila lelaki jaga kulit muka, kita tahu mereka menjaga kebersihan diri.

    • sangat menjaga penampilan. Untuk keyakinan diri mereka juga. malu juga fikir jika ada kulit berjerawat. rendah diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge