KELEBIHAN MELANCONG BUKAN SEKADAR TAMBAH PENGALAMAN

KELEBIHAN MELANCONG BUKAN SEKADAR TAMBAH PENGALAMAN

Korang suka melancong tak? Tempat paling jauh korang pernah pergi di mana? Pada umur berapa korang mula melancong? Dah sampai berapa negeri, negara sehingga 2017?

Melancong ni selalunya orang akan kaitkan dengan nak tambah pengalaman. Yela, tengok budaya orang lain, tambah pengalaman bila kita melancong dengan sendiri mahupun dengan ahli keluarga.

Bagi cegumanes, melancong bukan sekadar nak kutip pengalaman berharga tetapi juga beberapa kelebihan lain yang cegumanes nak kongsi dengan korang semua.

1) TAMBAH ILMU

Semestinya, korang akan tambah ilmu berbahasa jika pergi ke tempat yang bukan berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. So, korang akan tambah ilmu berbahasa yang paling asas.

2) TAMBAH KENALAN

Bila melancong, kita mula mencari tempat yang hendak dituju, ada tak kenalan di sana supaya mudah untuk kita mohon pertolongan. Kadang-kadang tak kenal pun siapa mereka, sekali jumpa. Wah, orang Malaysia rupanya.

3) PENGURUSAN MASA YANG TEPAT

Lambat, tertinggal. Kalau pengurusan masa tak baik, memang korang akan ketinggalan bila melancong. Takkan nak biar orang menunggu kita. Kita perlu tunggu orang lain. Jadi, melancong memang mengajar kita untuk mengurus masa dengan baik.

4) TAMBAH SKIL MASAKAN

Dah melancong, takkan nak makan megi sahaja kan. Mesti nak cuba makanan tempat yang kita tuju. Dah makan, rasa sedap, nak cuba masak di rumah sendiri pula. Ha, masa inilah skil memasak diperlukan. Nak juga bagi rasa masakan sampai 100% sama seperti makanan di negara orang.

5) TAMBAH KOLEKSI PAKAIAN

Pakaian penting tau, mana tau pergi melancong ke tempat sejuk, lain pakaiannya. Melancong ke tempat cuaca panas, lain juga. Melancong sambil melakukan aktiviti lasak, aktiviti santai pun lain pakaiannya. Semua mengikut kesesuaian. Jadi, penting untuk koleksi pakaian kita bila melancong.

 

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge