CARA BUAT MASKER MADU DENGAN BERKESAN

CARA BUAT MASKER MADU DENGAN BERKESAN

Macam post sebelum ini, cegumanes ada kongsikan keberkesanan madu dalam perawatan kulit wajah, terutamanya untuk kulit berjerawat. Haa, nak guna madu bukan sebarangan tau. Main sapu je di muka, kena ada caranya. Barulah ada kesan. Bikin senyum nanti.

1) MASKER MADU UNTUK KULIT JERAWAT

Bahan-bahan:-

2 sudu teh madu

2 sudu kulit kayu manis yang sudah dihancurkan

Cara-cara:-

1) Gaulkan madu beserta kulit kayu manis tadi sehingga sebati.

2) Sapu pada wajah dan biarkan dalam masa 20 minit.

3) Bilas dengan air bersih.

**Ada juga yang mengalami alahan pada kulit kayu manis, seeloknya cuba sapukan sedikit dahulu di belakang tangan untuk melihat sama ada berlaku alahan atau tidak. Jika tiada, barulah sapu di wajah.

2) MASKER MADU UNTUK KULIT KERING

Bahan-bahan:-

1 sudu teh buah avocado yang telah dilenyekkan

1 sudu teh yogurt asli

1 sudu teh madu

Cara-cara:-

1) Campur semua bahan dan gaul sebati.

2) Sapukan pada wajah dan biarkan selama 20 minit.

3) Bilas sehingga bersih

**Yogurt dan avocado boleh menghaluskan kulit, melembapkan wajah dan mengecilkan pori

3) MASKER MADU UNTUK KULIT SENSITIF

Bahan-bahan:-

1 sudu teh madu

1 sudu teh gel lidah buaya

Cara-cara:-

1) Campurkan kedua bahan di atas dan sapukan pada wajah.

2) Biarkan sehingga 20 minit dan bilas.

**Lidah buaya yang sejuk boleh melegakan kulit sensitif. Gelnya mampu mengurangkan iritasi pada kulit.

4) MASKER MADU UNTUK PARUT JERAWAT

Bahan-bahan:-

1 sudu teh perahan lemon

1 sudu teh madu

Cara-cara:-

1) Gaulkan bahan di atas.

2) Sapukan pada wajah.

3) Biarkan sehingga 20 minit.

4) Bilas dengan air bersih.

**Lemon membantu memudarkan parut pada wajah. Ia membantu untuk mencerahkan kulit wajah.

Selamat mencuba.

 

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge