RESEPI IKAN SUMBAT YANG ENAK

RESEPI IKAN SUMBAT YAN ENAK

Hai semua, suka tak makan ikan sumbat? Selalu ikan sumbat ni kita akan gunakan ikan cencaru atau ikan jaket. So, kali ini cegumanes nak kongsi cara memasak ikan sumbat yang sedap lagi enak. Makan panas-panas lagi lah, bertambah nasi.

Bahan-bahan:-

1) 3 ekor ikan cencaru

2) Bawang putih 5 ulas

3) Bawang besar 2 biji

4) 2 biji kunyit kecil

5) Lada kering segenggam (ikut selera sama ada ingin pedas atau tidak)

6) 3 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara:-

1) Rendam lada kering dengan air panas dalam 30minit.

2) Tumbuk bawang putih, bawang besar, kunyit dan lada kering (yang telah direndam) sehingga lumat.

3) Masukkan bahan yang siap ditumbuk di belakang ikan yang sudah dibelah.

4) Sapu kulit ikan dengan serbuk kunyit.

5) Panaskan minyak.

6) Masukkan ikan dan goreng sehingga masak.

7) Siap dihidangkan.

Selamat mencuba.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge