SERONOK KE SABAH (PART 1)

SERONOK KE SABAH (PART 1)

Sabah Negeri di Bawah Bayu. Memang menyejukkan dan mendamaikan sejak kali pertama cegumanes bersama rakan-rakan menjejakkan kaki di sana.

Seusai sampai di Lapangan Terbang Tawau, kami menjamu selera di kedai berhampiran. Makan sup rusa. Cegumanes tak makan lah, sebab tak biasa tapi ada juga rakan-rakan yang makan. Kata mereka, sedap. Ok, ini sup rusa.

Bila dah kenyang, kami dibawa menuju ke Kampung Bugis. Pertama kali naik HILUX okeyh di sini. Katanya bas tidak boleh masuk kerana jalan kampung yang berliku. Ada 3 buah Hilux yang membawa kami. Menjerit juga lah sebab teruja sangat.

Kami tiba di dewan Kampung Bugis. Tak sangka, kami disambut meriah. Siap ada majlis gilang gemilang. Teruja sangatlah. Pelbagai juadah dihidangkan. Semestinya bukan juadah semenanjung. Ada majlis tarian, majlis kompang, memang seronok.

Amacam? Teruja tak tengok gambar kami ni? Kami fikir mereka sambut ala kadar sahaja. Lagipun kami kan masih pelajar. Terima kasih penduduk kampung Bugis.

Nantikan cerita seterusnya ketika cegumanes di sana.

 

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge