5 RAHSIA KECANTIKAN WANITA KOREA

5 RAHSIA KECANTIKAN WANITA KOREA

Korea? cantik? Wow, memang sinonim sangat. Drama korea yang kita tonton, terpukau dengan kecantikan kulit mereka. Nampak natural. Rasa tiada lah bermekap tebal macam kita. Mungkin sekadar sapuan bedak nipis, lipstick dan blusher. Memang cantik.

Kenapa wanita korea nampak cantik? Sebab mereka ada rahsia kecantikan yang memang diamalkan turun-temurun. Jom selidik, untung-untung kita pun boleh jadi cantik macam mereka.

1) BAWANG PUTIH

Ya, inilah amalan mereka turun-temurun. Suka sangat makan bawang putih. Kunyah sahaja. Tak de lah rasa tak sedap, sebab dah biasa. Sebab tu juga kulit mereka tidak dijangkiti jerawat kerana bawang putih bertindak sebagai antibiotik dalam tubuh.

Jom, amalkan memakan bawang putih mulai hari ini. Kulit boleh glowing tau. Ada jerawat muncul, cepat-cepat kecut bila selalu ambil bawang putih. Gigih dengan tak je nak kunyah mentah-mentah.

2) PEMBEDAHAN

Ini tak mau cerita sangat, tapi ramai mengakui wanita korea ini memang melakukan pembedahan untuk tampil cantik. Di Malaysia, kita tak galakkan dan kalau boleh kita pun tak nak lah buat pembedahan semata-mata untuk cantik. Banyak lagi cara lain kan.

3) TIDAK AMBIL MAKANAN BERMINYAK

Mampu tak kita? Sedangkan kita hari-hair makan ayam goreng, ikan goreng, tempe goreng. Mereka di Korea tidak menjamah makanan bergoreng langsung tau. Jadi, selayaknya mereka dapat kulit yang cantik. Bila kita suka makan makanan yang berminyak, kulit pun automatik akan jadi berminyak. So, boleh lah kurangkan makanan berminyak mulai sekarang.

4) PENGGUNAAN PRODUK PENJAGAAN WAJAH

Dah tentu mereka obses untuk cantik, memang mereka gunakan produk yang berkualiti untuk kulit wajah. Paling penting produk yang benar-benar semulajadi dan bebas bahan kimia. Untuk kecantikan kulit wajah yang berpanjangan.

5) URUTAN WAJAH

Urutan wajah ini penting untuk melancarkan sistem pengaliran darah di seluruh wajah. Bila oksigen sampai ke setiap sel wajah, pasti kulit akan menjadi segar dan bebas masalah jerawat.  Korang boleh buat urutan wajah ini di spa ataupun boleh juga buat di rumah. Tetapi pastikan korang dah tahu cara urutan yang betul.

Selamat bercantik-cantik persis artis korea.

6 Comments

    • Setuju. Siapa sanggup telan bawang putih yang ‘harum’ tu. Haha. Nasib ada garlic complex. Teman baik cegumanes.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge