KE MANA NAK SIMPAN DUIT RAYA ANAK?

KE MANA NAK SIMPAN DUIT RAYA ANAK?

Bulan Raya, memang rezeki anak-anak dapat duit raya dari saudara mara. Tak kira lah umur berapa pun kan, selagi masih kecil dan bersekolah, memang akan dapat duit raya.

Bila dah ada jumlah terkumpul, apa yang ibu buat dengan duit raya mereka? Kali ni, cegumanes nak kongsi lah ke mana nak simpan duit raya anak-anak tu.

1) TABUNG HAJI

Paling femes, ramai ibu buat simpanan untuk anak-anak di Tabung Haji. Bayaran kali pertama hanya RM10 sahaja. Boleh simpan di sini sebab dividennya agak lumayan. Bila tiba masa untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat universiti, dah banyak simpanan.

2)ASB

Ada juga ibu yang berminat untuk melaburkan duit raya anak-anak dalam Amanah Saham Berhad. Semakin tahun tahun, duit simpanan akan menjadi semakin banyak.

3) SIMPANAN SENDIRI DI RUMAH

Tak kurang, ada yang menyimpan di rumah sahaja. Mana tahu, boleh digunakan untuk membeli buku-buku sekolah. Kebetulan raya kali ini berada di pertengahan tahun. Ada lagi setengah tahun untuk bersekolah. Cara ini juga boleh.

Mana-mana cara sekalipun, biarlah kita sebagai ibu bapa mereka menggunakan duit itu ke arah kebaikan.

8 Comments

    • Wah, bagus tuh, betul juga, ada yang kata bagus, untuk jangka masa panjang. Kira pelaburan kalau sspn-i tuh. Lagipun senang nanti bila dah masuk universiti, diorang minta akaun sspn-i.

    • Boleh juga tuh jida. Untuk belanja sekolah, beli buku yang macam-macam, alat tulis yang hari ni baru, esok hilang.Hehe.

    • Setuju sangat. Mak ayah dulu buat macam tuh la. Jadi cegumanes pun buat yang sama untuk anak-anak. Untu masa depan mereka juga. terutama pendidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge