WASIAT TOKOH UNTUK DIINGATI

WASIAT TOKOH UNTUK DIINGATI

Manusia ini memang mudah alpa. Alpa dengan janji diri sendiri. Alpa pada tugas dan tanggungjawab. Jadi, apa perlu kita lakukan?

Bagi cegumanes, kita boleh berjumpa dengan mereka yang memberi inspirasi. Sentiasa memberi semangat positif. Tapi, bagaimana hendak berjumpa dengan mereka? Ada kekangan. Sama ada jarak yang jauh ataupun masa.

Ketahuilah dengan satu cara ini, kita semua tidak lagi boleh memberi alasan untuk berasa lemah dan lemau.

Cegumanes kongsikan buku yang cegumanes baca dengan korang semua. Buku bertajuk 30 WASIAT IMAM SYAFI’I.

Imam Syafi’i ini seorang tokoh ilmuwan Islam yang mempelopori mazhab Syafi’i. Di dalam buku ini beliau telah memberi butiran semangat untuk kita meneruskan perjuangan dalam hidup.

Bagaimana kita mahu menjadi seorang Muslim sejati? Bagaimana ingin sentiasa melakukan amal kebajikan? Bagaimana hendak beradab dengan masyarakat sekeliling?

Semuanya dibutirkan oleh beliau melalui buku ini. Jadi,jangan pernah menyerah selagi kita mampu untuk mendapatkan aura dari insan-insan hebat seperti Imam Syafi’e ini.

Sekilas pandang isi kandungan buku ini untuk tatapan korang semua.

Semoga terus hebat.

 

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge