RESEPI TELUR MASAK LEMAK YANG SEDAP

RESEPI TELUR MASAK LEMAK YANG SEDAP

Hari ini cegumanes nak kongsi resepi paling mudah dan enak untuk ibu-ibu di rumah.

Bahan-bahan:-

5biji bawang putih

2biji bawang besar

Sedikit kunyit untuk warna kuning

Sedikit halia sebagai penambah perisa

5biji telur omega yang sudah siap direbus

1biji kelapa yang sudah diperah santannya

Cara-cara:-

1) Tumbuk bawang putih,bawang merah,kunyit dan halia hingga lumat.

2) Panaskan minyak dan masukkan bahan yang sudah siap ditumbuk.

3) Masukkan 3 cawan santan cair ke dalam periuk.

4) Masukkan telur yang sudah siap direbus dan dibuang kulitnya.

5) Kacau dengan api perlahan.

6) Apabila mendidih,masukkan santan pekat pula.

7) Masukkan garam dan rasa mengikut kesukaan anda.

8) Apabila mendidih,padamkan api dan siap dihidangkan

Selamat mencuba

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge