5 PUNCA JERAGAT PENYEBAB WANITA TAMPAK LEBIH BERUSIA

PUNCA JERAGAT PENYEBAB WANITA TAMPAK LEBIH BERUSIA

Wanita memang sensitif dengan usia. Kalau boleh ingin kelihatan muda sentiasa. Orang panggil adik lagi seronok walaupun umur sudah 30 tahun. Banyak faktor yang menyebabkan wajah tampak lebih berusia dari umur sebenar terutamanya jeragat.

Jeragat ialah tompoh hitam pada kulit wajah. Ada sesetengah individu mengalami bintik-bintik hitam yang kelihatan seperti tahi lalat.

Jeragat akan merebak dengan banyak jika tidak dibendung dari awal. Ramai wanita sanggup mengeluarkan belanja yang mahal untuk mengatasi masalah ini. Sebelum itu, mari kita ketahui punca jeragat ini.

1) SINARAN MATAHARI

Zaman dahulu, Bumi penuh dengan tumbuhan hijau, jadi tiada masalah dengan sinaran matahari, sebab itu jarang wanita zaman dahulu mempunyai masalah kulit wajah. Namun, akibat pembangunan, tumbuhan banyak ditebang maka berlaku penipisan lapisan ozon.

Sinaran matahari yang mempunyai kandungan yang tidak sihat akan terus meresap ke dalam kulit tanpa ditapis. Lebih bahaya, jika kita tidak pula memakai krim uv. Ini lah punca berlakunya jeragat pada wajah.

2) KEHAMILAN

Tidak dinafikan semasa hamil akan berlaku perubahan hormon dalam badan seseorang wanita. Jadi, ada beberapa individu yang mengalami masalah jeragat hanya semasa kehamilan. Dan masalah akan selesai selepas kelahiran.

3) RAWATAN HORMON

Bagi mereka yang mempunyai masalah hormon seperti period yang tidak stabil dalam tempoh yang lama, mereka akan mendapat rawatan hormon. Semasa proses menjalani rawatan hormon, mereka akan diberi pil dan ini menganggu hormon sedia ada dalam badan . Ini juga menjadi punca kepada masalah jeragat.

4) PENGGUNAAN PRODUK YANG SALAH

Yang ini, cegumanes minta tolong sangat-sangat. Sila pilih produk yang benar-benar semualajadi. Bukan hanya obses dengan iklan tetapi rupanyamengandungi bahan kimia yang tinggi. Terutamanya produk keputihan.

Penggunaan produk yang salah akan merosakkan kulit seterusnya menyebabkan timbulnya jeragat.

5) WANGIAN

Pewangi yang kita gunakan juga boleh menyumbang kepada masalah jeragat. Hati-hati dengan pemilihan minyak wangi. Lebih baik beli yang berasaskan bahan semulajadi. Kulit kita pun tidak akan rosak.

Jom sama-sama hindarkan diri daripada punca masalah jeragat ini.

10 Comments

    • Boleh asy, sebab perubahan hormon. Kasihan juga tuh, kalau sebelum preggy, kulit cantik, halus mulus, tapi bila preggy keluar jeragat. Amalkan set mengandung shaklee, in sha Allah bebas masalah kulit tuh, walaupun mengandung.

    • Jeragat memang masalah kecantikan paling lambat nak pulih. Tak cukup dengan sapu-sapu sahaja. Kena ambil suplemen/vitamin untuk rawat masalah kulit dari dalam.

    • Welcome kak aya. Sebab tu kena cari minyak wangi yang semulajadi juga. Wah, dah biasa trade mark semulajadi, semua nak semulajadi je sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge