5 CARA SEDEKAH YANG MUDAH DIAMALKAN

5 CARA SEDEKAH YANG  MUDAH DIAMALKAN

Sedekah. Suatu amalan baik yang diamalkan di dalam semua agama. Setiap agama menyarankan umatnya untuk bersedekah. Macam-macam cara sebenarnya untuk kita bersedekah. Janganlah kita pula mengehadkan sedekah hanya dengan wang ringgit sahaja. Mari cegumanes kongsikan dengan korang semua cara untuk bersedekah.

1) SEDEKAH WANG

Ini biasa dilakukan sama ada dengan nilai yang kecil atau besar. Lagi besar nilainya, lagi banyak ganjarannya.

2) SEDEKAH ILMU

Ya, ini juga amalan yang kita kadang-kadang tak perasan pun. Ilmu ni tak semestinya disampaikan oleh guru di sekolah ataupun ustaz di dalam ceramah mahupun surau. Ilmu secara tidak langsung seperti kita berkongsi tips di facebook, instagram pun dianggap sebagai ilmu selagi ia memberi manfaat kepada para pembaca.

3) SEDEKAH TENAGA

Beri bantuan kepada yang memerlukan. Contohnya bantuan mangsa banjir, kita bantu merekea mengemas rumah akibat bencana banjir. Juga boleh membantu jiran yang baru sahaja berpindah di sebelah rumah.

4) SEDEKAH BACAAN AL-QURAN

Kalaupun segala di atas tidak mampu dilakukan akibat pelbagai kekangan, bacalah alquran bagi Umat Islam. Bagi agama lain mungkin boleh membaca buku-buku yang memberi nilai tambah kepada diri sendiri seprti buku motivasi mahupun bacaan ilmiah. Takkan lah 24jam sehari tak sempat langsung nak membaca al-quran. Mustahil melainkan kita mencipta pelbagai alasan.

5) SEDEKAH SENYUMAN

Nah, paling tidak senyumlah. Bangun pagi, senyum dengan suami/isteri, anak-anak, ibu dan ayah. Pergi kerja jumpa rakan-rakan, senyum. Lagipun ia memberi tarikan aura positif dalam kehidupan sepanjang hari tersebut.

*Segala amalan ini perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah. Barulah kita nampak hasilnya. Selamat beramal.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge