HAJI: KENANGAN MENGGAMIT JIWA

HAJI: KENANGAN MENGGAMIT JIWA

Menulis penuh kesayuan. Ya, saat menulis tajuk ini sahaja, hati dipaut rasa rindu yang teramat. Walau sudah 17 tahun berlalu, tapi setiap detik di sana masih segar di ingatan. Mungkin kerana hati yang suci ketika ke sana membolehkan cegumanes ingat setiap apa yang berlaku. Alhamdulillah.

Tahun 2000, masa cegumanes berumur 10 tahun, cegumanes sudah pun menjadi hajah kecil. Dipanggil Illahi untuk ke tempat suciNya. Masa tu, tiadalah masuk berita kan. Lagipun, cegumanes pergi dengan pakej swasta. Memang tiada tersenarai bersama Tabung Haji. Tiada liputan. Pergi ke sana bersama mak dan ayah.

Tahun itu sebenarnya, genap setahun pemergian arwah abang. Rancangan awal, kami mahu pergi berempat. Tapi abang mengatakan “Ayah dan Mak pergilah dulu, bawa adik, abang akan menyusul kemudian. Benar lah, kami hanya pergi bertiga sahaja. Tahun 1999, abang pergi bertemu Sang Pencipta. (kalau mahu cerita kisah ini, lain entri nanti ya)

Segala persiapan dilakukan, terutamanya ilmu. Memang masih kecil, tapi mak dan ayah tidak mahu saja-saja bawa, mereka juga mahu cegumanes amalkan ibadah haji seperti orang dewasa. Jadi, setiap malam sebelum tidur, ayah pasti akan soal apa Rukun Haji, apa Rukun Tawaf, Syarat Tawaf, Sa’ie, dan bermacam lagi. Bersungguh juga cegumanes belajar. Kalau tak dapat jawab, jangan mimpi nak tidur malam tu. Hahaha.

Dan cegumanes pun disoal juga oleh tok guru. Cegumanes panggil dia ‘atok belajar’. Nama beliau allahyarham Abdul Saman, tok guru yang mengajar mak dan ayah ilmu agama berpandukan kitab. Atok belajar pun soal juga cegumanes setiap kali ikut mak ayah pergi belajar di rumah tu, jadi bila dapat jawab semua soalan, kira lepas lah ujian mereka ni. Dapatlah cegumanes ikut walaupun hakikatnya dapat jawab atau tak, memang dapat pergi menunaikan haji.

Ini cerita persediaan sebelum pergi menunaikan haji. Kalau nak cerita kisah di sana, boleh buat by part. Sebab banyak yang nak diceritakan. Tunggu tau.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge