3 SEBAB PORI WAJAH TERBUKA DAN BESAR

3 SEBAB PORI WAJAH KELIHATAN TERBUKA DAN BESAR

Mesti tertanya-tanya kenapalah muka saya porinya besar. Tak licin macam orang lain. Nak bersolek pun rasa tak yakin. Sebab apa? Sebab kuasa solekan tak mampu nak menutup pori wajah yang besar. Meh, cegumanes cerita 3 sebab pori wajah terbuka.

1) CARA MENCUCI WAJAH YANG SALAH

Betul, mecuci wajah boleh membersihkan kotoran. Namun, cara kita mencuci tu kadang-kadang tidak berjaya membersihkan wajah dengan sempurna. Apatah lagi jika pencuci yang digunakan hanya dapat membersihkan sekadar kulit luaran sahaja. Ini merupakan punca kenapa pori wajah kelihatan besar dan terbuka.

2) KULIT YANG BERMINYAK

Kulit berminyak memang sinonim dengan pori terbuka. Keadaan pori terbuka ini akan menyebabkan muka kelihatan lebih berminyak. Pilih pencuci wajah yag semulajadi bagi mengatasi masalah ini. Elakkan pencuci wajah yang menyebabkan kulit kering kerana boleh mengakibatkan kulit menipis.

3) TIDAK MEMAKAI KRIM UV

Sinaran UV zaman canggih ini tidak lagi sama seperti 10 tahun dahulu. Cahaya matahari yang memancar ke kulit wajah tidak lagi mempunyai tapisan. Secara keseluruhannya, jika korang tidak memakai krim UV, kulit wajah akan menyerap sinaran UV dengan banyak. Inilah penyebab pori wajah terbuka luas.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge