SEDEKAH MAGNET REZEKI

SEDEKAH MAGNET REZEKI

Sedekah, dari kita kecil memang mak ayah suka nasihatkan supaya rajin bersedekah. Sedekah kepada mereka yang susah dan memerlukan. Banyak sebenarnya manfaat sedekah yang tidak kita nampak jika kita tidak lakukan dengan itstiqamah.

Sebenarnya sedekah ini bukan mengurangkan rezeki, malah ia membuka pintu rezeki seluasnya. Walaupun senyuman merupakan sedekah paling mudah, namun jika kita yang sedang kesempitan wang, sedekahkan sejumlah wang yang kita ada waktu itu dengan seikhlas hati, pasti hasilnya juga tidak mengecewakan.

Percayalah, rezeki itu adalah milikNya dan dikembalikan kepadaNya. Semestinya, hasil yang diterima juga adalah lumayan.

Bagi mereka yang berada dalam kesempitan, cuba mulakan dengan bersedekah. Ia tidak mengecewakan. Cepat atau lambat, korang pasti akan merasai nikmat bersedekah. Cubalah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge