13 TIP MELANCONG BERSAMA SI KECIL

13 TIP MELANCONG BERSAMA SI KECIL

Teringin nak melancong, tetapi risau dengan anak kecil. Risau dengan kesihatan mereka terutamanya. Jadi apa yang perlu ibu lakukan sebagai persediaan sebelum, semasa dan selepas melancong? Mari cegumanes kongsikan.

Sebelum:-

1) Bagi anak kecil yang masih menyusu badan, digalakkan ibu untuk mengamalkan pemakana yang sihat dan seimbang. Anaka akan mengambil khasiat daripada susu ibu itu sendiri.

2) Sediakan pakaian yang sesuai mengikut cuaca. Ini bagi memberi keselesaan kepada si kecil.

3) Bawa bekalan makanan dan minuman termasuk air susu yang mencukupi.

4) Bawa ubat sebagai persediaan seperti ubat demam, batuk, selesema.

5) Bawa krim semulajadi seperti herbal blend cream bagi memberi keselesaan segera akibat gigitan nyamuk atau mana-mana serangga.

6) Bagi yang berumur setahun ke atas, boleh berikan mereka vitamin/suplemen untuk meningkatkan imunisasi badan.

Semasa:-

1) Pilih laluan yang mempunyai kawasan rehat dan rawat bagi memudahkan urusan menukar pampers dan pakaian si kecil.

2) Sediakan susu bagi yang menyusu tepung di awal perjalanan. Jika mereka meragam di tengah jalan, boleh terus berikan mereka susu.

3) Beg makanan diletakkan bersama-sama di tempat duduk. Jika mereka mahu makan atau minum, tidak perlu menghentikan kenderaan.

4) Elakkan penghawa dingin secara terus kepada mereka. Maka seeloknya biarkan mereka duduk di tempat duduk belakang.

5) Kenal pasti klinik yang berhampiran.

Selepas:-

1) Berikan mereka rehat dengan secukupnya.

2) Terus memberi vitamin/suplemen bagi mengembalikan tenaga ketika melancong. Jika masih menyusu ibu, ibu ambillah extra dose untuk diri ibu dan si kecil.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge