GENG LIKE PILIHAN PENIAGA ONLINE FACEBOOK

Assalammualaikum. Apa khabar semua?  Semoga sihat-sihat sahaja ya. Ok, kali ni cegumanes nak share la dekat korang semua apa yang kita perlu buat  bila kita guna marketing atau kedai facebook. Terutamanya facebook personal.

Ok, ramai sifu pesan untuk kita guna soft sell. Jangan hard sell orang tak suka. Bila tak suka, like tak de, komen jauh sekali. Inilah penyumbang kepada turun engagement atau dalam bahasa mudahnya tak ramai orang nampak posting kita.

Faham kan?

Jadi, cegumanes nak share satu tips yang berkesan dan berhasil untuk kita peniaga facebook.

Join group geng like. Dalam ni kita akan diajar untuk support each  other. Kena like, kena komen. Setiap hari. Bayangkan satu group ada 100 orang. Maka, satu hari kita akan dapat 100like paling sikit.

Cegumanes dah join group ni, rasa berkesan. Memang best. Pulak banyak ilmu lain tentang marketing yang kita dapat. Rugi sangat kalau tak join.

Nak tanya apa-apa boleh roger cegumanes ye. Tapi cegumanes bukan agen la tau. Cegumanes cuma si pengedar shaklee.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge