INGATAN MESRA BUAT PENGGUNA FOUNDATION

Hai, hari ni kita topik santai tapi penting okeyh.

Korang suka guna foundation tak? Kalau suka, ada satu peringatan khas untuk korang.

Setiap hari, bila tiba waktu malam, sebelum tidur, sebelum cuci muka, seeloknya korang gunalah makeup remover. Untuk membersihkan foundation pada wajah.

Ini perlu dan penting sebab, foundation ni macam krim. So, ia akan menutup liang pori pada wajah. Tak cukup dengan hanya mencuci muka sahaja. Korang kena sental dengan mekap remover supaya kulit wajah boleh bernafas dengan baik.

Punca korang dapat kulit yang berjerawat nih, sebab waktu siang korang tepek foundation, bila malam tak bersihkan dengan make up remover.

Ingat tau, pesanan khas untuk korang.

Selamat beramal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge