
3 TIP PECAHKAN LEMAK SAMPAI PERUT KEMPIS MENAWAN
Raya haji dah pun berlalu, banyak pulak yang makan daging korban kan. Hari raya je dah masak rendang, esoknya masak kicap, esok lagi masak daging goreng. Macam-macam resepi ada.
Sebelum raya haji, berat badan cun je, lepas raya haji, jarum penimbang naik ke kanan. Aduhai. Ini yang tak nak ni.
Seronok kan kalau makan banyak pun, berat still maintain. So, kali ni nak share dengan korang semua tip pecahkan lemak yang wajib korang amalkan kalau nak maintainkan berat badan.
1. AIR MASAK
Jangan minum air manis. Minum air masak sahaja setiap hari. Ini syarat wajib tau.
2. KUNYAH MAKANAN
Yes, memang korang kunyah. Lagi-lagi bila dah makan daging tuh. Tapi kunyah perlahan-lahan bagi lumat, bagi halus, bukan kunyah dua ke tiga kali terus telan. Big NO.
3. SENAMAN
Mana nak beraya, mana nak bersenam. Tak sempat. Laaa, tuh beraya rumah sedara mara, jalan lah kaki. Kira bersenam dah. Janganlah rumah sedara sebelah rumah pun korang naik kereta. Tak nak berpeluh katanya. Hehe.
Selamat beramal semua.
Leave a Reply