5 PUNCA IBU MENGALAMI BERAT BADAN BERLEBIHAN

5 PUNCA IBU MENGALAMI BERAT BADAN BERLEBIHAN

Selalu kita lihat, ramai ibu selepas fasa melahirkan anak mengalami berat badan yang berlebihan. Kalau dahulu, semasa anak dara,dialah ratu cantik, tetapi segalanya berubah selepas berkahwin.

Jom, cegumanes geledah punca ibu-ibu ni mengalami berat badan berlebihan.

1) KURANG SENAMAN

Semestinya, selepas melahirkan anak, ibu tidak dapat  melakukan senaman akibat kekangan masa. Jika ibu bekerja, lagi lah kan. Balik kerja dah pukul berapa. Nak pergi ke gym jam berapa. Anak-anak di rumah lagi kena fikirkan. Inilah punca bila badan tidak melakukan aktiviti sihat, lemak akan berkumpul dalam badan.

2) MAKAN BERLEBIHAN

Semasa mengandung, orang sekeliling berpesan, makan banyak, awak tu bawa dua orang. Badan sendiri dan baby dalam kandungan, jadi kena makan lebih sikit atau lebih banyak. No, jangan percaya kata-kata ini. Kerana,apabila berat badan ibu meningkat dengan mendadak, adalah sangat sukar untuk ibu turunkan berat badan selepas melahirkan nanti. Hanya perlu makan makanan yang berkhasiat.

3) PENGAMBILAN AIS

Fuh, segarnya dapat minum ais. Lagi-lagi cuaca panas kan. Rasa sejuk je kat tekak. Namun, ketahuilah bahawa pengambilan ais secara berlebihan akan menyebabkan lemak tidak dapat dipecahkan atau diuraikan di dalam badan. Ini menyebabkan lemak akan berkumpul di mana-mana bahagian badan sama ada di  lengan, bawah dagu, dan peha. Kurangkan pengambilan ais atau hentikan terus pengambilan ais.

4) AIR MANIS

Nak sedap, memang kena minum air manis. Sedap kan. Tapi bahaya. Boleh menyumbang kepada penyakit kencing manis. Pengambilan gula putih juga dikatakan tidak bagus untuk tahap kesihatan kerana boleh memberi kesan kepada tubuh badan yang lemah dan toksin yang banyak dalam tubuh badan.

5) MAKANAN RINGAN

Ringan tapi berat? Betul, makanan ringan ni diproses dengan bahan-bahan yang boleh menaikkan berat badan tau. Elakkan lah ya. Dengan rasa manisnya, masinnya. Dan ada pula kandungan yang terlarang. Lebih baik, ibu ambil buah-buahan sebagai snek harian.

So, dapatkan? Inilah antara sebab dan punca berat badan ibu selepas melahirkan anak meningkat secara mendadak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge