SALAM MAAL HIJRAH 1438

Jumaat lepas, kita menyambut Maal Hijrah 1438. Bermaksud bermulalah perkiraan tahun baru dalam kalendar Islam. Setiap dari kita memasang azam dan tekad untuk dicapai bagi tahun baru. Bagaimana dengan korang? Ada azam baru tak?

Ok, cegumanes bagi tips sedikit untuk perancangan azam tahun baru ye.

Orait mula-mula kena ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Yes, kena ada, baru kita nampak dengan jelas apa yang kita nak capai.

Perancangan jangka pendek ni boleh jadi pencapaian yang ingin dibuat dalam masa seminggu, sebulan atau tiga bulan. Sebaga contoh, nak turunkan berat badan sekilo dalam masa seminggu. Dalam masa tiga minggu, boleh turun 5kilogram. Contoh ya.

Perancangan jangka panjang pula, boleh jadi perancangan untuk 6 bulan atau setahun. Ikut contoh berat badan juga, lebih jelas. Dalam tempoh 6 bulan nak turun 15kilo. Dalam setahun nak turunkan berat 20kilogram.

Dan pastikan kena adq catatan la ye, kena tulis dengan jelas. Cegumanes suka melakar atas kertas dan hias la sikit-sikit nampak menarik. Kalau rajin, boleh la design di laptop. Lebih kemas dan teratur. Lepas tuh, tampal di dinding bilik belajar, bilik tidur, almari solek, meja kerja pun boleh. Biar hari-hari kita tengok. Rasa bersemangat untuk capai.

Amacam? Jelas tak? Selamat menyambut Maal Hijrah semua. Semoga semua impian kita tercapai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge