PILIHAN HOTEL TERBAIK DAN BAJET DI KUALA LUMPUR

PILIHAN HOTEL TERBAIK DAN BAJET DI KUALA LUMPUR

Assalammualaikum semua, apa khabar? Moga sihat-sihat aja ye. Orait, disebabkan cegumanes baru jek lepas bercuti sempena Deepavali hari tu, so cegumanes nak share dengan korang la pilihan hotel yang tersenarai sebagai hotel terbaik.

Sebelum ni pernah la bercuti di Kuala Lumpur tu, tapi kali ni memang puas hati sangat hotelnya. Besar dan luas, walaupun yang duduk cegumanes bertiga sahaja. Gambar sendiri tak de, lupa pulak nak ambik, kita ambik ihsan google lah ye.

Ok, ni hotelnya, berada di tengah-tengah bandar, sebelah hotel ada stesen minyak PETRON, berdekatan dengan stesen kereta api LRT dan monorail.

Gambar di bawah merupakan lobi hotel, kali pertama masuk jek dah rasa best hotel ni. Hehe.

Haaa,paling mengujakan parking dia, walaweyh,kereta masuk lift, maccam cerita James Bond tak silap. Wakaka, harap maaf (terbatak sikit). Yela, tak pernah kan jumpa parking macam ni. Dia bukak pukul 7pagi sampai 11 malamĀ  sahaja.

Ini toilet,kita ni pergi mana-mana mesti toilet yang utama kita nak tengok, kemas dan selesa, untuk bahagian mandi ada pintu lain dan tertutup lah, jadi tak la basah semua bilik air.

Ini gambar bilik, okeyh memang ada meja belajar macam tuh rasanya semua bilik. Senang untuk sesiapa yang bekerja. Tengok tuh, ada kipas siap, kalau terasa sejuk, boleh off air cond dan on kipas je. Bilik pun luas, siap ada peti ais bawah almari baju.

Tak semua hotel menyediakan sejadah tau, tapi hotel ni siap sediakan sejadah. Siap iron board dan iron setiap bilik. Pergh, memang terbaik. Rasa nak bagi 5 bintang tau.

So, sesiapa yang berhajat nak tidur di Kuala Lumpur, boleh booking hotel ni tau. Selamat bercuti.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge