KENAPA WANITA PERLU CANTIK?

KENAPA WANITA PERLU CANTIK?

Betul ke wanita perlu cantik? Eh, tak nak lah jadi cantik, bahaya, lagipun boleh mendatangkan riak lepas tu dapat dosa.

Mari sini, cegumanes terangkan kat korang semua wahai wanita sekalian kenapa korang perlu cantik.

1) KEYAKINAN DIRI

Melalui pengalaman sendiri, dulu kulit muka kusam, penuh dengan jerawat, memang malu nak berhadapan dengan kawan-kawan tau. Pakai tudung tuh confirm ke depan muncung dia, nak cover pipi yang bergerutu dengan jerawat tuh.Tengok kawan-kawan perempuan yang lawa, jeles, teringin kulit canti macam diorang. Tengok kulit kawan lelaki pun alahai, lagi licin dari kulit sendiri. MALUNYA. So, jelas kat sini kenapa perlu cantik.

2) KEBERSIHAN DIRI

Ya, masa mengalami sesi muka penuh dengan kawah bulan tuh, cegumanes ada pergi buat rawata muka cecah ribuan ringgit. Ngaku jela, punya malu dengan jerawat ni. Sanggup habis duit. Dasat wooo. Tapi okey la kan, sekurangnya kita dapat ilmu baru kat situ.

Akak yang cantik comel tuh pesan, cadar tilam, sarung bantal, selimut cuci seminggu sekali. Bakteria melekat kita tak nampak. Sebab tuh kulit mudah berminyak dan berjerawat. Nampak tak, kulit wajah ni mencerminkan keperibadian kita sebenarnya. Adakah kita sudah cukup pembersih atau belum?

3) MENGHARGAI DIRI

Bila kita suka kelihatan cantik bermaksud kita sedang menjaga kecantikan dan kesempurnaan diri sendiri. Kalau diingat semula kan, masa kecil dulu kita lahir dengan kulit yang bersih, halus, mulus, bebas segala masalah wajah. Tapi, bila meningkat remaja, dewasa dan berusia mula lah kulit wajah mengalami masalah. Jadi, apabila kita menjaga kecantikan wajah, samalah seperti kita menghargai diri sendiri.

4) UNTUK INSAN TERSAYANG

Wah, ini sudah semestinya. Bagi mereka yang sudah bergelar isteri, memang nak kelihatan cantik menawan di hadapan suami. Tak salah kan, malah dapat pahala lagi. LelakiĀ  ni memang sinonim dengan kecantikan. Siapa tak suka tengok benda atau barang yang cantik kan? Sama juga seperti lelaki. Jadi, kalau korang para isteri ni ada masalah wajah, ikhtiar lah. Ikhtiar sedaya upaya untuk dapatkan kulit halus mulus demi suamimu.

Amacam? Terbakar tak nak cantik?Mesti nak kan?

Jomlah sama-sama kita menjaga kecantikan diri sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge