5 SEBAB WANITA PERLU KE SPA

5 SEBAB WANITA PERLU KE SPA

Hai, seronoknya kalau dapat ke spa kan? Memang kegemaran hati wanita ni kalau dapat memanjakan diri ke spa. Eh, ade ke yang tak suka ke spa? Janganlah macam tuh, meh sini cegumanes bagitau kenapa korang perlu ke spa. Confirm lepas ni nak pergi terus tau.

1) MEREHATKAN BADAN

Semestinya untuk merehatkan badan. Bagi suri rumah, bekerja di rumah 24jam tanpa henti. Ini lah masanya untuk merehatkan badan. Bagi yang bekerja pula, habis kerja di pejabat, balik ke rumah, siapkan kerja rumah pula. Alahai, mana-mana pun kita pergi ke spa sebab nak rehatkan badan. Di spa jauh dari hiruk pikuk jalan raya yang jem dan suasana bising. Ditambah dengan alunan muzik yang mendamaikan dan bauan yang menyegarkan. Memang dibuai-buai mimpi indah.

2) MENJAMIN KESIHATAN

Bila ke spa, ambillah pakej untuk mengurut badan. Masa ni lah, perjalanan darah ke seluruh tubuh dapat dibetulkan. Urat yang bersimpul dapat dileraikan. Badan akan rasa lebih bertenaga dan sihat selepas diurut. Tak percaya? Pergila dulu, baru percaya.

3) MENAMBAH KENALAN

Bagi yang suka berkawan, korang boleh dapat kenalan baru di spa. Ada spa yang menyediakan tempat mengurut untuk dua orang dalm satu masa. Jadi, sambil merehatkan badan tuh, boleh lah berkenalan.

4) MELUAHKAN PERASAAN

Selalunya, di spa, kita boleh bercerita tentang kerjaya, keluarga dan hal-hal lain. Bergantung kepada orang yang memberi khidmat spa kepada kita. Bukanlah bermaksud nak meluahkan perasaan sampai menangis, cuma berkongsi cerita yang rasanya ingin dikongsi. Jadi, kita tidak lah merasa bosan sepanjang diurut. Tak best pula, jika diam je sepanjang sesi mengurut tuh.

5) MENJAGA KECANTIKAN WAJAH

Bab kecantikan ni, ada yang kata kulit saya tiada masalah,jadi tak perlu ke spa. Bukan macam tuh, kulit yang bermasalah atau tidak sebenarnya elok ke spa untuk melancarkan perjalanan darah di seluruh wajah. Apabila oksigen cukup ke setiap sel kita, kulit akan kelihatan lebih segar dan awet muda. Nak tak nampak muda? Rajinkan diri ke spa okeyh.

Selamat merehatkan diri di spa.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge