SUSAHNYA SEDEKAH, PUNCA REZEKI SUKAR

SUSAHNYA SEDEKAH, PUNCA REZEKI SUKAR

Erm, ada tak yang bila baca tajuk je rasa macam, eh aku lah tu. Terkena pula batang hidung sendiri. Allahu, menangis rasa. Nak sedekah pun masih berkira-kira. Susahnya.

Ok, rilek. Dulu, cegumanes pun macam tuh tau. Cegumanes kata sedekah ini bila ada duit banyak boleh lah sedekah, tak de duit macam mana nak sedekah. Ya, rigid sangat pemikiran masa tuh. Sedekah hanyalah menggunakan wang.

Bila join shaklee, kita kenal dengan Allah lebih dekat. Mentor-mentor bisnes pesan sangat-sangat follow Dia, dekati Dia, banyakkan bersedekah. Dan kami yang masih jagung dalam bisnes mula lah meluahkan perasaan kepada mentor. Macam mana nak sedekah, duit pun tak de.

Mentor kata, sebab tuh kena pulun bisnes shaklee habis-habis. Bonus gemuk, boleh sedekah banyak-banyak. Haaa, amek kau, sentap tak? Tak sentap kan? Sebab apa? Betul lah apa yang mentor kata tuh, peluang dah ada depan mata, tinggal grab dan usaha bagi jadik jek. Tak payah bagi alasan lagi kalau nak berjaya.

Tapi, perlahan-lahan mentor seolah-olah menepuk bahu kami semua. Faham, kita mula perlahan-lahan nilai sedekah ni. Banyak sebenarnya cara bersedekah, bukan hanya tertumpu pada wang, ok, kita mulakan. Mulakan hari ini dari sekarang.

Meh, cegumanes senaraikan pada korang semua cara nak bersedekah kalau lah duit pun korang tak de walau sesen.

  1. Baca al-quran. Sedekahkan masa korang yng ada 24jam tuh kepada Dia. Baca al-quran.
  2. Ilmu. Kongsikan ilmu yang korang ada kepada kawan-kawan ataupun saudara-mara. Tak kisah ilmu agama,motivasi, matematik ke sains boleh.
  3. Tenaga. Saat tenaga korang diperlukan, sedekahkan, hulurkan bantuan seikhlas hati.
  4. Barang. Kalau ada barang yang masih elok, baru dan cantik untuk digunakan atau dipakai, hulurkan sedekah.
  5. Senyuman. Ini kira sedekah paling mudah, jangan pura-pura tau. Senyumlah seikhlas hati.

Dapat sesuatu? Jadi, tiada lagi alasan untuk korang tidak bersedekah okeyh. Selamat beramal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge