BEZA ZOO MELAKA DAN ZOO NEGARA

BEZA ZOO MELAKA DAN ZOO NEGARA

Ramai rupanya nak tau apa beza kedua zoo ini. So, nak mudah bagi korang, cegumanes share kat sini lah ye. Dua-dua zoo ni cegumanes dah pergi pada tahun 2016 (zoo Melaka) dan pada tahun 2017 (zoo Negara).

Last cegumanes pergi zoo Melaka masa umur belasan tahun,tingkatan 3 tak silap,sekarang pergi lagi,ya Allah banyak beza sungguh. Tak sangka boleh berubah 360 darjah.

Cam ni,zoo Melaka nih dah kurang sangat haiwannya,kalau harimau ada lah seekor,kurus tak bermaya. Tempat duduk binatang pun nampak tak terurus sangat. Bau pun tak menyenangkan. Rumput lalang banyak sana sini. Memang hampa masuk zoo Melaka.

Berbeza pulak dengan zoo Negara, bersih,binatang pun banyak. Aktif bergerak sana sini. Zoo pun bersih,tiada bau yang kurang menyenangkan. Memang puas hati sangat. Dan paling best sebab ada panda. Daya tarikan zoo Negara lah kan. Ni kelebihan zoo Negara.

Cuma,korang better bawak makanan atau minuman sesiap kat zoo Negara tuh,cegumanes kelaparan jugak,konon nak beli jagung rebus tuh,semua kedai yang ada dalam zoo tuh bagitau belum siap. Padahal masa tuh dah jam 11pagi, pengunjung pun dah ramai.

Cegumanes memang cadangkan kalau korang nak bawa anak-anak pergi ke zoo,pilih zoo Negara terus. Berbaloi sangat tau.

Selamat bercuti

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge