5 PERINGKAT SENAMAN MENGIKUT USIA

5 PERINGKAT SENAMAN MENGIKUT USIA

Senaman badan ni bersesuaian dengan usia kita. Mungkin jika muda, boleh melakukan senaman yang lincah dan banyak bergerak, jika semakin berusia, senaman yang ringan sahaja. Jom cegumanes kongsikan dengan korang.

  • Usia 20an

Korang digalakkan berlari selama 30minit setiap hari dalam seminggu. Ia boleh mengalakkan kardio yang sihat. Yoga juga amat bagus ketika usia ini bagi mengurangkan tekanan, dan kesukaran tidur. Boleh dilakukan dua kali seminggu.

  • Usia 30an

Metabolisme badan semakin menurun dan perlahan. Otot juga semakin lemah. Maka, senaman yang sesuai adalah mengangkat beban yang berfokuskan kepada bahagian dada, kaki dan bahu.

  • Usia 40an

Memang badan semakin tidak berdaya untuk melakukan senaman yang berat namun jika korang aktif bersenam, ia boleh melindungi telomere sel DNA tubuh kita. Fungsinya adalah untuk mengelakkan badan mendapat penyakit yang berbahaya.

  • Usia 50an

Tulang semakin rapuh, jadi lakukan senaman yang berfokuskan untuk kekuatan tulang. Antara senaman yang boleh dilakukan adalah menari, hiking dan bermain tenis.

  • Usia 60an

Angkat beban yang seiring dengan berat badan sendiri. Lakukan dua kali seminggu selain aktiviti berjalan kaki atau berkebun 30minit setiap hari. Ini bagi mengelakkan masalah diabetes, penyakit hati dan kanser.

Marilah kita bersama-sama melakukan senaman untuk kesihatan tubuh badan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge